21 September 2017

Siri - Al Quran mendahului sains Bulan tidak bercahaya - ia memantulkan cahaya matahari




Siri - Al Quran mendahului sains
Bulan tidak bercahaya - ia memantulkan cahaya matahari

Bulan tidak bercahaya - Ia memantulkan cahaya matahari

Di dalam Hans Wehr: A Dictionary Of Modern Written Arabic:
Siraaj = diertikan sebagai lamp, light yang bermaksud pelita, lampu.
Wahaaja = burn, blaze, flame yang bermaksud membakar, menyala, berapi.

Justeru matahari sebagai siraaj dan siraajan wahaaja mengeluarkan cahaya sendiri melalui proses tertentu yang berlaku di dalamnya.

Nuur = diertikan sebagai brightness, gleam, glow yang bermaksud bercahaya, menyilau.
Muniir = diertikan sebagai luminous, radiant, shining yang bermaksud bercahaya, bersinar.

Justeru bulan sebagai nuur dan muniir tidak mengeluarkan cahaya sendiri sebaliknya ia memantulkan cahaya matahari yang menimpanya.

Ayat-ayat di atas menjelaskan mengenai perbezaan antara matahari dan bulan. Mengikut al-Quran, matahari membakar & dengan itu mengeluarkan cahaya sedangkan bulan hanya bersinar iaitu menerima & memantulkan cahaya. Seperti lampu & cermin, lampu mengeluarkan cahaya,sedangkan cermin hanya memantulkan.

Bukti Al-Quran mendahului sains:

Maha Berkat Allah, yang menjadikan di langit gugusan bintang dan menjadikan padanya siraaj dan bulan yang munir.
(Surah Al-Furqan: ayat 61)

Dan Ia menjadikan padanya bulan sebagai nuur serta menjadikan matahari sebagai siraaj (yang terang-benderang).
(Surah Nuh: ayat 16)

Dan Kami yang jadikan siraajan wahhaaja (iaitu matahari)
(Surah An-Naba’: ayat 13)

Sumber : https://m.facebook.com/syapik.hassan

Tiada ulasan: